Semalam, sembilan belas tahun lalu





Buat sekian kalinya

Juragan cinta ini ingin bermadah

merayu agar bayu pagi

membisik kepada angin laut China Selatan

membawa ghairah cinta juragan ini

mengulit mimpi permaisuri

nan lama bertakhta dihati

semalam, sembilan belas tahun lalu

juragan cinta menobat permaisuri dihati

meninggalkan pelabuhan solo itu

tidak berpaling lagi

belayar bersama dermaga kasihmu

mengalun seruling bambu syahdu mendayu

bahtera kemudi dilautan api asmara tiada henti

sumpah setia juragan cinta ini

lautan luas sama direnangi

gunung ganang sama dijelajahi

susah senang mainan hidup ini

jika sumpah keramat derhaka sekali

biarlah jasad ini tidak dimakan bumi

dan jika kasih ini bukan milik duniawi

wahai permaisuri dihati

jemputlah jeragan cinta ini

biarpun sekali cuma

mendampingi kamar cintamu

disyurga firdausi mu hakiki

Puisi semarak gurindam kasih sejati

ku tuju buat permaisuri hatiku

sembilan belas tahun mengulit asmara ini

juragan cinta mohon tiada noktah akhirnya

biar dakwat cinta ini kekal abadi

34 Responses to “Semalam, sembilan belas tahun lalu”

  1. what a happy family!

  2. happy anniversary… happy & healthy always..

  3. wow …..tahniah happy anniversarymoga bahagia hingga ke syurga

  4. Dokter,Allow me to plagiarize your poem so that I can use on my future 19th wedding anniversary. hahah!

  5. Alamak, sekali Dokter berpuisi kalah penulis berpengalaman nie.😀

  6. Alamak, sekali Dokter berpuisi kalah penulis berpengalaman nie.😀

  7. pegang kemudi kemah sket Doc…. piang barak lauk takuk kena terjoh… kkuca hanya abih kang

  8. happy anniversary..selamat berpuasa :)p/s: bila nk ajak saya buka puasa neh??

  9. Salam Dr SamYou are one romantic! I envy you.Old marriages lose the romance and after without, they can still carry on passing as a relationship between old and trusty friends.But romance will always give the sparkle to all ingredients that make good marriages last.Congratulations for keeping at it for 19 years!

  10. sesungguhnya family tuan sangat gembira..semoga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT

  11. Tahniah..semuga bahagia ke akhir hayat…

  12. Assalamualaikum..Moga Allah kurniakan sahabat kesihatan yang baik serta kebahagiaan yang hakiki dalam rumahtangga sahabat..aminSelamat hari ulang tahun perkahwinan..:)

  13. Wowww Dr Sam..puitis sungguh!..btw, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 19. Kan? Saya doakan moga Dr sekeluarga kekal bahagia hingga ke alam syurga. InsyaAllah.

  14. Cair hati si isteri baca madah puisi!!tahniah…moga kasih kalian berdua kekal hingga membawa ke syurga, InsyaAllah!!

  15. happy anniversary doc!!!

  16. Indahnya puisi u doc…Happy anniversary

  17. i am not a poet…but i know how to appreciate a poem…especially a good one…like yours….awak dah buat kak Hazel nangis ni dik!Syahdu!keep your buds of love…blossom!cheerio

  18. happy anniversary!

  19. Assalamualaikum Dr Sam:)Moga sentiasa dirahmatiNya..:)Selamat Ulangtahun Perkahwinan..Moga kebahagiaan berpanjangan di bawah naungan keberkatan kasihsayangNya jua..Amin…

  20. Salam ramadhan Juragan,Selamat hari 19 tahun!insyaallah semoga kebahagian milik anda selamanya🙂

  21. Amin, dan alhamdulillah. Semoga kekal ke akhir hayat dan semoga terus diberkati Allah. Ramadhan Mubarak.

  22. Happy anniversary Doc..19 tahun masehi19 tahun +(19*11)hariatau 19 tahun 209 hari hijriah..saja nak mengusik..Selamat cari lailatulQADR dan selamat Hari raya..

  23. pink family!..happy anniversary!

  24. it was mine yesterday the 17th.. ehehesalam ramadhan uncle doc tewww

  25. Assalamualaikum.Selamat Ulangtahun. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.Salam Ramadhan.TQ

  26. Ramadhan Kareem Bro! ;-DAnd Very Many Happy Years and Beyond to you & Sis Zaida (& family of course!)Really…, too poetic for me to decipher😀

  27. Wahai suami pelindung kasihcintailah isterimu sepenuh hatidialah ibu kepada anak-anakPenjaga harta dan rumah tanggateman paling akrabtempat berkongsi suka duka. Selamat Ulangtahun. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~السلام عليكم ورحمة الله و بركاتهأهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم”Selamat Berpuasa & Selamat Berbukafirestartingautomobil.blogspot.combukandoktorveterinar.blogspot.com~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~Jom Terjah entry terbaru ??tip tayar motorsikal pancit

  28. Selamat ulang tahun wahai Juragan Cinta…:D

  29. madah pujangga yg meruntun kasih abadimanis dan penuh makna..selamat ulangtahun perkahwinan doc!semoga makmur & bahgia berpanjangan

  30. That was the quickest ever 'ilham' I managed to put into a writing (less than 20 mins.). when I told my wife, with a smile she said:"I know why…because it came straight from your heart"I didn't say anything because what she said apparently was true. Thank you my dear friends for all the good wishes. May Allah bless all of us with all the happiness this mortal life can offer.

  31. Salam.Puisi yang menyentuh hati.

  32. salam, happy belated 19th anniversary. walau sudah selama itu pasti doc masih terasa macam baru semalam duduk di pelamin bersama ye :Dsemoga berbahagis selamaNya😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: