>Pabila pelangi hilang warnanya

>

(Tanjung Bungah – Dis 2010)

Pabila pelangi hilang warnanya
adakah sang suria jemu membuka mata?
atau hilang ceria menyapa duka
membiar awan berteman gelora
menutup sinar kelam menyapa

tiada warna sembunyilah serinya
penjejak pelangi termanggu tertanya
apakah benar sang suria sudah lupa?
membuka mata biar seketika
meninggalkan bayang mengeluh kecewa
tiada bekas tiada berupa

di kaki langit mencari cepu berharga
di dalam kelam penjejak teraba
tongkat sakti pedoman yang ada
tersungkur terjatuh bangun seketika
mengharap pelangi senyum semula

coretan berwarna dikanvas langit terbuka
tiada erti tiada maknanya
jika penjejak pelangi masih lagi lupa
sang suria tidak pernah alpa
dan pelangi tersenyum ada masanya
dan jua tiba ketika

p/s: ilham dan ghairah bernukil timbul pabila melihat penjejak-penjejak pelangi masih bersemangat mencari cepu emas dikaki langit.

26 Responses to “>Pabila pelangi hilang warnanya”

  1. >Semoga biang lala kembali berwarna….(Err…biang lala tu pelangi juga, cakap Jawanya)

  2. >Puisi yang menarik..jika dunia kita tiada warna?bagaimana ya? hmmm…

  3. >…hmmmcould this be the voice from within ???rainbow = colors of lifeKeep Well.

  4. >indah puisi ni…

  5. >السلم عليكم ورحمة اللهSemuanya ciptaan Yang Maha Pencipta

  6. >drSam..mencari cepu emas di kaki langit..*nice..

  7. >Bila merenung alam,melihat bukan sekadar melihat.merenung dari sudut dan perspektif berbeda,terciptalah puisi indah.perumpamaan hidup, luahan hati,gejolak perasaan.bercampur baur,mengadaptasi realiti,merenung ciptaan Ilahi.:).catz miow

  8. >Pelangi…jangan hilang warna!PS: sesekali apabila Dr Sam berpuitis..indah..

  9. >Bersyukur kita mampu melihat warna warni pelangi..syukur kita tidak buta warna..life would be dull..only black,white n grey..adusss..terbabas dari tajuk..

  10. >kombinasi pelangi dan lautan begitu mengasyikan. untung jika terlihat…

  11. >Jarang tengok rainbow nowadays coz bz tengok fon or grumbling to the traffic!

  12. >Assalamualaikum.Moga hilangnya warna pelangi itu hanya sementara dan akan datang ketika ia diperlukan…TQ

  13. >terkelip2 mata sy baca dr.hihi.indah & penuh dgn seni.^_^ ingat dulu masa kanak2, klu ada pelangi, mak kata jgn tunjuk, nnti jari bengkok..hihi..;D

  14. >titis titis hujanmenyerak cahaya surialantassang pelangi meyapa akhirnya..biarpun hari merangkak senja..keranapelangi senja memberi ilhampada semua..tiada mahumenghampa

  15. >Assalamualaikum doc,moga sentiasa sihat hendaknya..Indah sungguh bait-bait kata..Pelanginya indah berseriNamun, bimbang tak kekal lama..tapi, tetap terpahat di jiwa..PS: doc, orang jelapang padi jg ya?satu alumni…🙂

  16. >OMG, did you shoot that photo?!! Totally awesome !!Your 'nukilan' is awesome too.Begitu multi layered…🙂

  17. >cklah,biang lala🙂 pengenalan yang baru ni.

  18. >Cik Kyla,Dunia tanpa pelangi, masih berwarna-warni, kerna manusia bermacam-rupa berbagai karenahnyahazeleyed lady,we, the artist determines the color of our life.

  19. >zino,kadang-kadang aje datang ilham ni…Abd Razak,WSM ustaz. Semoga diberkati olehNya.Ciptaan Tuhan untuk kita berfikir.

  20. >pal7,kaki langi tidak pernah ditemui, apatah lagi cepu emas itu…catz,waduh…waduh…berpuitis gitu…aman catz!

  21. >Afida Anuar,Pelangi sentiasa ada warna, hanya kita yang dapat melihat atau tidak warna tersebutsally,kaler hitam putih pun kadang-kadang cantik juga. Malah lebih telus gitu…

  22. >mirachantek,on the right time, at the right place…Ida Athanazir,kena selalu merenung langit, terutama selepas hujan turun…adalah pelangi menunggu untuk dinikmati

  23. >Admin P@P,WSM. Pelangi datang dan pelangi pergi, sesekali pasti menjenguk kembali.Misya,ha…ha…betul tu. Betul…cuma saya punya version orang tua pesan kalau tunjuk pelangi….jari telunjuk kena bengkokkan🙂

  24. >ashley,puitis!MaizaC'Joe,Pelangi tersenyum melihat penjejak tertipu dan masih mengejar dikaki langit.p/s: Alumni tempat belajar di Gong Badak :)Syed,Thanks you sir. I happened to be on the beach looking at the sky when the dark cloud suddenly loomed in.

  25. >Meminta pada yang kasihMengadu pada yang suka

  26. >Titi Hakiki,ASM sdr. Terimakasih kerana singgah dan meninggalkan jejak di sini. semoga ukhuwah diteruskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: