Ilham tercalar

satu langkah menapak
lesu mudik hanyir kehidupan

remang hidup menggapai suram
berlegar ligat kehadapan tidak
menyonsang zaman menongkah arus
layu waktu
menyapa sekilas bayu
selerak keluh di dinding dahulu

pandang memandang mata tiada terpejam
mengintai di luar jendela
terang hati tersuluh nyata
melihat lukisan di dalam lukisan
biar rasa yang penuh
ada luka berlalu
menopang pilu dilontar waktu

dua langkah menapak
dunia bercabang tiada kesudahan

nota : dinukil kedua kali setelah kelam idea makan 8 course dinner di Crown Mutiara Plaza

31 Responses to “Ilham tercalar”

  1. >woow! fantastic, doc!

  2. >Post dalam BM?Okey,ini eurekaaaaa!!Nice.Sangat nice.Seperti selalu 🙂

  3. >Assalamualaikum Dr Sam. Woww superb puisi ni….kagum2..

  4. >2 tapak…. ya dr sampermulaan dengan 2 tapak..pengakhiran dgn 2 tapak..

  5. >Salam Dr Sam..:)Ilham Tercalar…..sesekali bakat berpuisi dipamerkan..indah bait kata..ada yang tersirat dari apa yang tersurat..yang sukar utk ditafsirkan..:)

  6. >Assalamualaikum sahabat..Indah bunyinya…Hanyasanya penulis yang tahu..:)

  7. >Salam,i envy u doc. u can write very well. puitis. Indah, syahdu.Dalam maksudnya hanya penulis yang tahu maksudnya, perhaps.btw, keep writing.:)

  8. >penuh tersirat…superb!

  9. >salam Doc,moga sentiasa dlm redha-Nya.amboi, serba boleh ni… 🙂

  10. >hebat hebat..

  11. >Salam,Berpuisi dalam bahasa kebangsaan. Indah tulisannya, dalam maknanya.Keep up the good work Doc.Sam.

  12. >Ass-salam DrSamWow!Puitis juga ni…Dalam sekali maksud…Bab ni satu satunya yang kak Hazel tak panadai lansung! (:(:

  13. >TERCALAR KERANA TERLEBIH MAKAN ATAU TERLALU LAMA MAKAN-MAKAN?..KEKADANG KITA TERIKUT (DIPAKSA?) BUDAYA ASING,ITU MUNGKIN MENYEBABKAN ILHAM, NIAT DAN APA SAJA YANG BAIK TERCALAR, TERPADAM.. NAUZUBILLAH?Satu entry yang memberangsangkan ..teruskanlah berkarya..semuga redha Allah bersama kita..SOKMO SOKMO

  14. >"…lagi ayoh, lagi… dok puah dengor…"…anok-anok begilir bace sambil ayoh tiup seruling…

  15. >salam doc…sadiss..!

  16. >♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH. buat pembaca blog kamihttp://firestartingautomobil.blogspot.com/http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫Langkah demi langkah…Langkah demi langkah…Langkah demi langkah…Langkah demi langkah…Langkah demi langkah…Langkah demi langkah…SDelangkah kehadapan itu tandanya kita mara apa jua rintangan badai … namun jika kita tersesat langkah kita berpatah balik ketempat asal….

  17. >I'm impress!Such a wonderful poetic insights!I reckon a sound of sadness in there. U ok?

  18. >teruslah melangkah, teruslah menongkah,kehidupan mmg penuh masalah,hadapilah dgn tabah….Dr. Sam, gambar cantik!

  19. >nottingham,thanks. glad you like it.saya,sesekali melirik prosa, tiada rahsia mengundang rasa. Afida anuar,Terimakasih. Biasa-biasa aje 🙂

  20. >besi,pemerhatian yang bagus. Biar dimulakan dengan tapak yang baik.Pn. kartini,Salam Pn. Isi hati diterjemah di dalam bait yang terhad suku kata. Kekadang maksud tidak tercapai.Abd Razak,Salam. Wallahuaklam.

  21. >Catz,Salam. Ilham diberi bukan selalu. Datang dan pergi bukan mengikut waktu. Bila teringat dicoret buat santapan halwa kalbu.Naddiea,thank you.piewahid,Saya doakan piewahid juga diberi keafiatan senantiasa. Berpuisi sekadar berkongsi rasa.zino,Terimakasih. hebat bukan pakaian saya 🙂

  22. >aliff muhammad,Berpusi dalam bahasa sendiri lebih menjiwai. thank you for the encouragement.nahmy,Salam nahmy. Runtunan jiwa yang tengah gelora :)Afzainizam,Kupasan yang menarik.

  23. >hazeleyed lady,Salam pn. Saya pun bukannya pandai sangat berpuisi ni. Dari dulu suka mencoret rasa, cuma di medium yang berbeza. paling tidak pun dibelakang buku nota atau jadi nota kaki aje :)Wan Sharif,Begitulah kehidupan kita ni Ayoh wang. Lagilah bila umur menjangkau senja ni, sensitif tak bertempat pun ada. Tapi apa-apa pong kita memang senyum sokmo, apa-apa aje :)yohteh,…deghah lah awang weh…nok gharik doh…piat kang……senja melaboh tirai dan lembu kuba pong masok habih doh kkandang…

  24. >zafi,I am fine bro. Thank you. I hope the snow doesn't dampen your spirit. the weather here is cloudy but the mood is not affected.idasm,Kehidupan yang bercabang-cabang untuk kita membuat pilihan.Gambar di Promenade Kota Kinabalu. Saya tertarik kerana biasan warna senja agak berlainan sedikit berbanding di Semenanjung.

  25. >kat KK rupanya. Cantik. (ida x sampai lagi sabah dan sarawak ni.. hehe)

  26. >Ada bakat tu.Kita ni cuma pandai ketuk-ketuk periuk dan kuali je….

  27. >Sajak yang indah, seindah gambar tu.Hebart Dr sam.. sambil makan pun boleh mengarang sajak.

  28. >Salam Doc,Saya 'tulis', suka 'ilham tercalar' tersebut.

  29. >idasm,ada masa dan kelapangan, kita pun kena juga jengok jiran-jiran sebelah sinun 🙂 kayteeze,ketuk kuali pun jika ilham datang, berasap kepala…Erieq,Bukan apa Erieq…ada peristiwa mencetus rasa – kebetulan muncul ketika makan.Airis,Salam Airis. Saya 'baca', terimakasih kerana sudi 'intai' 🙂

  30. >salamnak cukupkan komen yang ke 30

  31. >pB,Salam pB. Ni mesti 'badi' pertemuan unik ditengah jalan dgn geng blogger ni 🙂 Anyway…thank you for skodeing here.

Leave a comment