A cul-de-sac

Cakap kena jaga-jaga
Bukan takut ada telinga
Telinga pun anggota bukan hak kita
Pinjaman sementara
Kufur dunia akhirat kemana
Tambah lagi hilang terus pahala
Bior le kawan kita
Semuanya sedara
Kau aku jaga aku kau jaga

Ikut aku aku
Sedapnya bicara sementara tidak kelu
Eh…jangan begitu
Esoknya belum tentu
Bisikan halus disempadan itu
Gahnya isim, domir tidaklah jitu
terikat kata pada suku
kena sakat pun tiadalah tahu
tergadah jua carilah aku
tidak pun kamu

p/s: Teringat bualan rakan “Aku hidup dalam blues” , tercetusnya nukilan ini 🙂

47 Responses to “A cul-de-sac”

  1. mEiZ AraNda Says:

    nice doc…..;)

  2. Sir Pök Déng Says:

    "Gahnya isim, domir tidaklah jitu"

    Nice one.

  3. Nite Garden Says:

    Bior le kawan kita
    Semuanya sedara
    Kau aku jaga, aku kau tak jaga

    macamana nak buat tu?

    fening3 dibuatnya…

  4. kuIna LadyInRed Says:

    fuhhhh cayalah Dr.

    menarik, tercatik… debom…

  5. puisi yg penuh nasihat….

  6. encik ariff Says:

    dlm 'aku hidup dm blues' selalu ada tulisan2 'kawan2' mcm ni.

    kawan-kawan,
    kenapa makan kawan?
    kitakan kawan,
    selalu kongsi minum teh secawan.

  7. penjenayah merah jambu. Says:

    fuh..fuh.."aku hidup dalam blues" pun boleh jadi ilham..🙂

  8. MariaFaizal Says:

    err…for the first time I'm 'speechless' here😦

    Correct me if I'm wrong, someone said or did something nasty?

    "Aku hidup dalam blues" is comic character? (Gila2 or Ujang right?)

    Do take care Doc.

  9. iznie-nobility Says:

    thanks doc for the wish..nice meeting u anyway🙂 have a nive weekand ya…

  10. Naddiea Says:

    Doc,utk org lurus mcm saya ni mmg kene baca dua kali.baca sekali x baper nk paham.tersirat ayatnya.walaupun nampak yang tersurat tp x pasti makna tersirat.tp lepas dibelek2…nukilan ni pasal tingkah laku manusia kan?

    correct me if i'm wrong..

  11. JohnJenin Says:

    Serius sebijik macam kata kata pujangga dalam siri blues untuk aku.

    Keep it up doc.

    buat encik ariff, respek sama kamu sebab boleh ingat bait bait aku hidup dalam blues.

  12. We surely can't stop people from saying whatever they want. But we certainly can do our part not to do the same.

    As far that I know, words can be so deceiving. And I've tried so hard to stay positive over something bad people said to me. It feels good sometimes when you don't take it to heart. But only ALLAH knows how hurtful when they know the right place to stab you directly at heart.

    It wouldn't hurt if we know how to take care of each other feelings. Kan? But seems they're some who're not the fan of care.

    p/s: My life motto, don't do/say bad things to others if you don't want to be treated the same.

  13. tchersally Says:

    ermm..had to read it twice to digest what u wrote..hikkss..must be the hot weather ..*sigh..

    "never treat others the way you dont want others to treat you"..eh..relevant tak ni..gosh..I knew its becuz the weather!!!

  14. xiiinam Says:

    "…Bior le kawan kita
    Semuanya sedara…"

    Macam ada slanga perak dalam puisi ni…he..he…

    Teruskan menulis….

    Kita pun sedara kannn…

  15. Wahhh…DrSam…Berbakat sungguh…ternganga kita baca…

  16. Jalan buntu Doc? Mungkin boleh patah balik, Insya Allah.

  17. Honeydy Love Says:

    Biar lah org buat kita, jgn kita buat org. Kerana jika membalas. kita sama dgn org itu, mungkin lebih teru dari itu..

  18. mcm sedang kecewa tentang sesuatu

  19. Zareda Norman Says:

    DR Sam

    cakap kena jaga jaga

    dinding konkrit pun sekarang sudah bertelinga

  20. *speechless🙂

  21. yo bro, ur articles have the quality of our world reknown jurnal papers. good job mate… hehe

  22. dalam ni, doc!

    i think cul-de-sac nih kalu in kedahspeak, depa kata pi mai pi mai tang tu gak dia.😀

  23. cantik puisi tu.. penuh makna..

  24. Hidup KOKA Says:

    hee hee hee sorry doc!, terletak comment untuk blog orang lain!!!

    sesuatu yang kita selalu lupa….
    "Pinjaman sementara!!!"

  25. salam…
    ohhh…dalam maknanya…
    mungkin anntaj faham kot!
    🙂

    p/s: semua kena jaga2..
    peace…

  26. Salam Dr.Sam.

    Ya. Kau aku jaga, aku kau jaga.
    Betullah tu. tidak ikut selera saja.
    Tapi ikut ajaran agama.

    Agama bukan sebarang agama.
    Islam cara hidup bitara.
    Mencakup dunia dan akhirat jua.

    Bila sakit kita mengadu.
    Bila susahpun mengadu.
    Ketika itu baru kenal Yang Satu.
    Tidak patut buat begitu.

    Mengadulah selalu.
    Berjumpalah selalu.
    Mengikut jadual lima waktu.
    Selebihnya ditambah jika setuju.

  27. balqissy Says:

    whoa~ dalam maksud die. dan, sedikit terasa?
    ahahah

  28. drSam..
    org kata nak bercakap jeling2 dulu..

    semua barang2 kita ni semuanya pinjaman sementara kan?..hehe

  29. mEiZAraNda,
    TQ. Tergeletek hati, tercetus nukilan jiwa.

    Sir Pok Deng,
    A weakling normally wants to be seen great, hiding behind posh post and comfy chair.

    Nite Garden,
    jangan fening3…

    sandarannya bukan pada dia
    Hanya DIA

    kula ladyinRed,
    Waduh melatup kita di'debom'.

    besi,
    peringatan kepada diri sendiri jua
    agar tidak dibuai mimpi dan alpa.

    encik ariff,
    berkawan dengan kawan-kawan
    buat kawan jangan jadi lawan
    kawan suka aku ketawa
    kawan menangis aku gelana

    kamu masih ingat….cantik!

    penjenayah merah jambu,
    ilham dan idea
    datang tidak kira waktu dan ketika Mendengar cerita dan luahan rasa dari sahabat-sahabat terutama yang dianiaya
    memang mencengkam rasa
    mengguris minda
    ku coret apa terbuku didada

  30. MariaFaizal,
    Evil is everywhere, bad actions are the result. In our hectic world, some are so occupied and tend to forget how it is like to be loved and give love. Let be kind and love each other.

    It was long time ago, frankly speaking I am not sure where this one comes from (probably in one of those popular mags). Gila-gila is rock!

    You take care and have a nice day.

    iznie-bility,
    Nice having you here. do come again.

    Naddie,
    Manusia bermacam ragam. memang itu kejadian Tuhan. bagi yang memerhati dan memahami, kita muhasabah dan memperbaiki mana yang terkurang. Ingat mengingati sesama insan, sepatutnya menjadi amalan.

    JohnJenin,
    Siapalah kita
    tinggi sangat itu mahkota
    Pujanga tiada insan biasa aja
    menulis pun bukan kerana nama
    saje saje berkongsi rasa

    CAHAYA
    Whatever you describe above is true and I totally agreed. In fact I really feel bad to these people. who else but us to become each others' mirror.

    tchersally,
    Probably reading it while feasting on nasi beriani gam would make it easy to digest both🙂

    Yes, it is a karma again!

    xiinam,
    salam sume oghang peghak,
    teman ramai kawan oghang Peghak. Deme orang Peghak ni memang hebat-hebat. buat lawok semedang, gelak teman. suke benorr dengar kome cakap.

    Ada mase, moh le sembang-sembang selalu, tak gitu-gitu🙂

  31. zue,
    jaga-jaga, jangan sampai masuk lalat🙂

    Zendra,
    Saya buntu tu tidak. Cuma terpana melihat kacau bilau hal duniawi disekeling. Sambil-sambil tu, menguja my right brain, of which became a bit senile of late.

    Honeydy Love,
    Love and be loved. That is the way.

    dino,
    Kecewa itu memang tidak dapat lari. Mencari kesempurnaan seperti mengejar bayang-bayang.

    Zareda Norman,
    hi..hi..kerana banyak sangat telinga sana sini kita dengar cerita tiris, bocor dan roboh.

    miezi,
    Sorry mate. didn't intend to put you in that difficult situation😉

    mekyam,
    Salam mekyam,
    dalam memang dalam, jangan selam dalam-dalam pening kalau tak faham-faham😉

    kedahspeaking…memang betul tu.

    zino,
    terimakasih. Idea datang sekali sekala. Itupun ikut mood juga.

    hidup KOKA,
    kita ingat mengingati. Semuanya pinjaman dan sementara. Ada yang lebih kekal dan abadi di sana.

    anntaj,
    salam. Pentas kehidupan dimana-mana. Ada yang menarik dan ada yang biasa-basi. kita tonton, belajar dan ambil iktibar.

    Have a nice day to you and take care.

    Leenoh,
    Salam Pak Ngah.

    orang lama kalau bicara
    padat ilmu penuh didada
    terimakasih Pak Ngah mutiara kata
    nasihat diterima hati terbuka

    balqissy,
    Aku rasa kamu rasa
    mungkin rasa tidak sama?

    pal7,
    jeling menjeling tu buat lagi juling mata🙂

  32. Deep yet make us realize of the reality

  33. shan,
    sorry Mr. Shan, how could I miss your comment? Bellasimo pulcherrima🙂

    I am really looking forward to see the juniors to put their creative thought more on papers and publish it in our 'world-renown-journal-but-no-impact-factor'. But I am sure, you are very well versed and understand our situation back home now. More than twenty years ago, we really have this 'publish or perish' situation and we have many highly self-motivated workers. Now…opps…too long already. E-mail me.

    Anyway, cheer up mate. Many is missing you and big brother is going to visit you soon. Beware of H1N1🙂

    Singh is King!

  34. Eliz,
    Yes, we just have to face and deal with it.

  35. fahmi latiff Says:

    Salam DrSam

    menarik nukilan ni…🙂

    hehehe kreatif yer DrSam…🙂

    kenangan lama DrSam kan…🙂
    tq kongsikan nukilan ni…

  36. fahmi latiff,

    salam kembali sahabat. Bila lagi turun Kay El untuk mengeteh?

  37. mahu bertanya

    apekah maksud A cul-de-sac? hee

    have a nice day!

  38. Masy,
    thanks for dropping by. Have a nice day.

    nAz,
    A direct translation for a cul-de-sac ialah jalan mati.

    Have a nice day to you too.

  39. tomato_masam Says:

    haha! nukilan yang pendek tp menarik and padat dengan nasihat, me likey!~

  40. madam gold Says:

    Betul dah kata-kata perpatah Melayu tu, Doc..kerana mulut badan binasa,terutama mulut yang tak de insurans..
    Aku jaga kau,kau jaga aku…I brush ur your back ,you brush my back…macam tak sincere aje Doc..tapi itulah realiti dunia hari ini.

  41. tomato masam,
    nasihat menasihati amalan mulia gitu🙂

    madam gold,
    Ada yang dah terkeluar cakap dahulu baru fikir. Tak ramai yang fikir dulu baru cakap. Mulut agaknya kalau boleh diinsurankan, memang mahal nilai premium.

  42. cantik & padat Doc..keep it up.

  43. yesss…that's true…
    anntaj belajar dr pengalaman…
    segala yg lepas dijadikan iktibar…

    salam khamis..
    anntaj.
    🙂
    *(saya suka blog DrSam)

  44. salam dr, segalanye benar doc, setiap kata2 doc tu memberi banyak kupasan yang bermakna..

  45. couldnt agree more!
    nice!

  46. CatlinaFly Says:

    cakap siang pandang2, ckp malam dengar2…hati org kite nak jaga, hati kite terjagakah orang?🙂

    salam pagi jumaat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: