Alpa diulit mimpi

Melihat dengan mata, nur dan aini
Nampaklah zat namun tidak dimengerti
Mencari dan mengenal diri
Melihat dengan mata hati
dengan ilmu terpancar lah kebenaran sudahnya pasti

Hakiki itu pada hati
Hati yang tidur jangan sampai mati

Agong itu satu, Al-Mutakabbir
Tandanya pada makluk dan kejadian
Agar tiada hijab dihati
Pada yang memerhati dan mencari
Hakikat alam anugerah diberi

Mumkinul wujud tiada abadi
Tempoh waktu berlari-lari tiada berhenti
tersesat jalan tiada pedoman cari kebenaran
Hakikat kehidupan tiada kesudahan
Sombongku terpana dugaan
Alpaku terselit ujian
Robbul alamin ku sandarkan pengabdian

73 Responses to “Alpa diulit mimpi”

  1. your sons i guess..
    😉

  2. MariaFaizal Says:

    Doc,
    Absolutely deep.
    *Confession : Never good at poems interpretation.My bad…

    A lil' help here?

    Pleasant evening to you & families.

  3. huhu Dr Sam pun pandai bermadah….

  4. cantik aquarium tu

  5. patungcendana Says:

    kalau jiwa sentiasa hidup
    dan
    hati sentiasa jaga
    kita boleh belajar dengan rasa hati…

    have a great weekend…:-)

    re:…aku sentiasa cuba untuk jujur pada hati sendiri…

    the truth is out there…hehehe

  6. aku tk minum teh…..boleh join ke tak?….aku minum ncfe 3+1….tnya patung tu

  7. ..sarat dgn maksud yg mendalammm..nice..

  8. tomato_masam Says:

    Dr, nice poem, sangat sejuk hati bila membacanya =)

  9. patungcendana Says:

    ab…kau memang suka babitkan aku kan…:-P

  10. penjenayah.merah.jambu. Says:

    drsam?

    poem?

    *melopong*

    ayat yg sgt mendalam.
    penuh rasa tawaduk pd DIA.
    kagum!

  11. nicely put.🙂

  12. philocoly,
    without the eldest, yes.

    Maria,
    Absolutely deep in thought. That moment, I scribbled my feeling on this blog.

    Have a nice day.

    Syareena,
    Madah bukan pujangga, sekadar lukisan hati.

    PB,
    akuarium di Pusat Sains Negara. Lama termanggu disitu.

    patungcendana,
    jangan biarkan jiwa dan hati mati

    macam cerita x-files – the truth is out there🙂

    ab geldofg,
    Ooo… engkau rupanya yang keluar kat iklan nescafe 3+1 tu. yang hensem-hensem tu. Kamu wajib hadir sebab ramai yang ingin mencuba nescafe 3+1 special. Patung dah cuba ke?

    tchersally
    dalam jika diselam. cuma nukilan yang terpancar dari hati.

    tomato_masam,
    sesekali mood puitis itu menjelma. Tangan melakari minda.

    patungcendana,
    kamu kan poojaan hati ab…

    penjenayah.merah.jambu.
    bukan selalu. Tengok mood. Nanti switch semula ke mood asal🙂

    Cahaya,
    Tq.

  13. PJ selamba Says:

    err
    dr sam
    ramai ke yg join tu
    cam best je
    hehe

  14. PJ selamba,
    setakat ni bolehlah dibilang dengan jari. Lebih meriah kalau ramai rakan bloggers datang.

  15. really?? (*from my entry)

  16. encik ariff Says:

    ouh..
    menarik..!
    hepy family
    🙂

  17. Cairell,
    Belum bawa budak-budak pergi lagi tengok geng si Upin.

    encik ariff,
    hari minggu bersama keluarga – pengikat bahagia.

  18. Dr Sam,

    ……ketahui diri..
    ……kenali penciptta…
    ……yang abadi hanya dia…
    ……hidup ini seketika…

    he he he..!

    gambar-gambar cantik..
    anak anak kiut..

  19. Gampangnya Waikato Says:

    Subhanallah

    Semoga kita selamat dunia dan akhirat

    Amin

  20. CatlinaFly Says:

    very poeitic!i love poetry tapi bukan selalu idea tu dtg..

  21. Si Penconteng Says:

    Waa…impressed!
    Sajak yang indah mengulit jiwa
    Menguasai minda yang kian alpa

  22. JohnJenin Says:

    DrSam,

    Im glad to hear that u bring ur kid to Pusat Sains Negara. Not to cinema to watch movie Upin and Ipin. Bapak Contoh Hehehe

    Moga berjaya kelak anak anak DrSam untuk menambah bilangan Dr Dr di bumi Malaysia.🙂

  23. ijechan Says:

    aaaa… suka2!! suka sgt nk tgk giant aquarium tu~

  24. madam gold Says:

    Salam doc,
    Sometimes we tend to get lost and carried away in this fast lane life .I think we should make more pauses often and see things right from the heart.After all as in Shakespeares lines…life s but a walking shadow,a poor player..that struts and fret..then is heard no more..it is a tale..signifying nothing.Everything will get back to the Creator of the Universe.

  25. *SiRibenMerah Says:

    salam Doc..
    been busy for a week.. x sempat jalan2 blog org..
    well, ada hero la kat sini..
    hikhikhik…

    I love to read ur poem.. so meaningful and I’m totally touched!!

  26. ashley,
    masih belum mengenal diri sendiri apatah lagi menilai orang lain. Masih mencari-cari.

    Gampangnya Waikato,
    Kamu pencetus ilham. Blog ini tercetus dari si Gampang itu. Si Murak itu menhidup mata hati ku.

    selamat berjuang sahabat!

    CatlinaFly,
    Ilham selepas kuliah dhuha.

    Semoga bakal junior dan ibu, dua-duanya selamat dan sihat.Take care. Fly kena buat foto diary khas untuk bakal sicomel nanti🙂

    Si Penconteng,
    Menconteng pabila terbangun dari alpa. Harap bukan seketika.

  27. JohnJenin,
    Trying to nurture those interest in them, but in the end they are the one to choose what they want to be. TQ Pak cik.

    ijechan,
    dari bebudak tu kecil sampai besar, tiap kali bawa mereka ke situ, masih lagi seronok ke hulu ke hilir melihat aneka pameran sains. Lagipun bukan jauh, 30 minit dah sampai. Kita pun tak penat nak kejar diaorang yang aktif tu🙂

    madam gold,
    exactly! Frequent ‘muhasabah diri’ is required to evaluate ownself. The problem is, sometimes it is hard to find a good ‘cermin’ to see and to tell your trueself.

    siRibenMerah,
    I got four wonderful superheroes. They are one who give colors to my life.

    Actually I seldom has this poetic mood. This one was inspired after listening to a kuliah.

  28. Faisal Admar Says:

    I’m not good in literature. So, can’t expect much from me😦

  29. MariaFaizal Says:

    Are we set? 7 or 14?
    😀

  30. Faisal,
    Me too. Just a spontaneous reaction sometimes.

    Maria,
    Let have a poll for a start. See which date is most preferred. I don’t mind on both🙂

  31. CaBaiKeRinG Says:

    wah… am i leaving in a cage or something?!!

    its like i miss out so many things!

    ahahah

    sam.. i will be in kl on 14th! wink wink!

    so.. incase the gathering happens that day… its a wow for me lah!

    hahahah

    cabaikering

  32. caturist Says:

    Dan setelah aku sadar dari mimpi…
    Rupa-rupanya aku tetap juga bermimpi…
    Mungkinkah terjaga pabila ku mati?

    Hehehe….

    Good nite drSam…

    Keep in touch… in the land of dream!

  33. CaBaiKeRinG,
    Your shoppe is catching up fast! Good. Thinking of advertising in your space too. Too many unwanted items in the storeroom. Need to do some spring cleaning.

    Have you cast your vote? 14th. is also fine with me.

    Caturist,
    Hope I can awake you up and we can come out from our dream. Join us this coming gathering?

  34. Zareda Norman Says:

    salam ziarah..

    mengeteh tu sapa jer boleh join yer..?

  35. salam Dr, x sangka dr kreatif dalam penulisan sajak, tahniah

  36. caturist Says:

    Tq 4 your invitation drSam… insyallah jika ada kelapangan.

    KIT bro. (Keep in touch)

  37. Zareda Norman,
    Era dunia tanpa sempadan, siapa yang berkelapangan dan ingin berkongsi pengalaman silalah datang.

    Fly,
    Minat tu ada, cuma gurunya tiada. Cikgu boleh jadi sifu? Bagaimana persiapan menanti permata hati yang bakal muncul tak lama lag? Semoga keduanya selamat.

    caturist,
    No problem bro. KIT.

  38. MariaFaizal Says:

    Looks like 14th is more like it(As CK’d be downtown again, only this time she’s be in the uptown area – your vicinity :D)

    See y’all!

  39. kena kaji ilmu tauhid nie
    baru leh paham maksud
    madah dr sam

  40. Skullsplitter Says:

    Dr Sam : So, gathering tuh kita confirm on 7th March la boleh. Kita combine skali dlm satu gathering. Kitaorg pun boleh dikira dgn jari. Dah cun dah tempat tuh. So saya update diblog saya nanti. thanks bro.

    skullsplitter

  41. Maria,
    Looking at the current sentiment and the voting (as of 1233 hrs), we have a draw🙂

    I am game for both! Can confirm now both dates will be bloggers meeting. (In fact, everyday is a “mengeteh day” for me with friends🙂

    p/s: I have to make a confession here. I don’t drink tea for a very long time now. Berangin seluruh badan! I am a milo fan now🙂

    besi,
    ilmu taklah seberapa, masih mengaji dan mencari-cari muallim yang boleh menberi panduan dan memimpin jalan.

    skullsplitter,
    Salam singgah. terimakasih kerana tolong mengwar-warkan berita hangat perjumpaan blogger itu. Saya tidak ada sebarang masalah jika 7hb. ada yang berkelapangan. Malah 14hb (mula cuti sekolah). pun saya akan berada disana kerana ada yang tidak dapat hadir pada 7hb. Ada pilihan jadi ramai yang boleh bersua muka.

  42. cute la anak dr

  43. Mantap, Doc, mantap. Masya Allah…

  44. DR Sam, I played your song – Pukul tiga pagi – will try to upload or is it download (duh!) in my blog.

  45. atie,
    alhamdulillah. Anugerah Ilahi.

    Zendra,
    mencuba aja. Terimakasih.

    Kak Teh,
    Yessss! TQ Kak Teh. Sweet as ever! Even though the streaming was as bad as the previous one, the song really put a smile on my face🙂

  46. patungcendana Says:

    hehehe…aku poojaan hati ab yang ke 150…

    re:…berkorban apa saja
    harta atau pun nyawa
    itulah kasih mesra
    sejati dan mulia…

    tau lagu tu?

  47. patungcendana Says:

    hehehe…aku poojaan hati ab yang ke 150…

    re:…berkorban apa saja
    harta atau pun nyawa
    itulah kasih mesra
    sejati dan mulia…

    tau lagu tu?

  48. patungcendana,
    lagu dalam cerita Hang Tuah, dinyanyikan oleh pahlawan tersebut (Allayarham Tan Sri P. Ramlee) ketika melarikan Tun Teja dari Megat Panji Alam Ganu Kite. Sambil beliau bersedihan me’mandrem’ Tun Teja untuk melupakan cinta beliau, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Melaka.

    Cinta tak kesampaian dek pengorbanan.

  49. PerantauSepi1306 Says:

    Dr Sam,

    Indah betul nukilan Dr kali ni.. sincerely, your postings will always amazed me in many different ways ;D

    Nice pictures too..

  50. salam ziarah…
    sesekali membaca tulisan yg penuh nilai2 estetika begini, terasa minda disuntik ketenangan…

  51. Kini bertambahlah kukenal Dr.Sam.
    Tiada kusangka puisinya ada um.
    Munajatnya kepada Pencipta alam.
    Mematuhi ajaran dinul Islam.

    Mumkinat wujud tidak abadi.
    Akhirat jua alam hakiki.
    kubaca puisi kukenal hati.
    Orangnya taat kepada ilahi.

    Apa guna rupa paras.
    Kenal hati lagi sejati.
    Sama taat yang di atas.
    Itulah Islam anutan sejati.

    Kepada Dr.Sam kuucapkan puji.
    Kepada Allah pujian kembali.
    Agar puisi diteruskan lagi.
    Membawa bersama semangat islami.

    ……….. wassalam ………

  52. PerantauSepi1306,
    Terimakasih. sama-sama kita jauhkan dari sifat alpa dan sombong itu.

    Frankly speaking, photo no.1 was the one that really amazed and touched my heart. That green plasma dome didn’t really show up on our naked eyes, until I saw it in the photo. The unseen existence was revealed clearly. Subhanallah!

    Hajar,
    salam persinggahan. suntikan rohani perlu bagi menyedarkan diri yang alpa. Biarlah selalu tidak mengapa. Sayapun perlu diingati juga.

  53. Leenoh,
    Salam mengingati Pak Ngah. Sejuk hati membaca bait-bait nukilan tersebut. terimakasih.

    Mengenal diri bukanlah jauhari
    hakikat, laduni, ilmu rabbani
    akal ciptaan anugerah diberi
    haqqul yakin permata dicari

    Hamba insan bergantungnya iradat
    istidraj berupa dugaan semata
    namun istiqamah tetap tersemat
    istighfar dipanjat ampunkan dosa

    Hamba yang jahil bertanya selalu
    memakan garam secubit cuma
    Semoga Pak Ngah tiadalah malu
    memimpin tangan hamba nan leka

  54. nice pic…

  55. MariaFaizal Says:

    Then, for you “MengeMILO” *chuckles*

    I’ll b there in IKEA on the 7th wz my soldiers🙂

  56. NICE poem & pics!!

  57. fahmi latiff Says:

    wahhh cantik2 nyer gambar tu…. menarik jugak artikel Dr.Sam…

    info mengenai mengeteh v.1…. menarik tu…

    fahmi nak minta maaf sebab masa fahmi ke bukit bintang tu di hotel park royal…

    sebenarnya masa yg diberikan sangat fit… begitu memenatkan lagipun fahmi plan kesana dan terpaksa balik awal sebab ada komitmen kat kelate…

    ohh yeee kalau fahmi berkesempatan ke kl,

    fahmi akan aturkan masa yg bersesuaian dengan perjumpaan kasual dan tidak formal yg akan diadakan nanti… menarik tu Dr Sam…

    cayalah… info yg best ni… tapi fahmi jauh sangat… huhuhu…😦

    “Diatas permintaan ramai (yang setakat ini masih boleh dibilang dengan jari), dan juga minat mendalam untuk minum teh beramai-ramai, satu perjumpaan kasual dan tidak formal akan diadakan seperti berikut :-

    Tempat : Food court, Ikano Power Center Mutiara Damansara
    Tarikh : 7hb. atau/dan 14hb Mac (Sabtu)
    Masa : 3 – 4 p.m

    Semua yang berkelapangan dan ingin keluar dari alam maya ke alam nyata, sila-silakan lah hadirkan diri.”

  58. anntaj,
    TQ. Senyum sokmo🙂

    Maria,
    Hope to see you there too. This time I will bring my soldiers.

    ShiDa,
    Selamat berpindah ke rumah baru.

    fahmi Latiff,
    Kalau ada rezeki, Insyaallah kita jumpa lagi. Harap kursus yang dihadiri memberi banyak ilmu dan menambah pengetahuan yang sedia ada. Jika tidak keberatan, silalah berkongsi bersama kite.

    Sebenarnya sesi mengeteh tu tidak lain dan tidak bukan untuk berkongsi-kongsi pengalaman, sambil mengeratkan tali ukhuwah sesama kita.

  59. can I invite myself to the ‘mengeteh’ session?

  60. subhanallah..indah nian kalimatnya…

  61. subhanallah..indah nian kalimatnya…

  62. CAHAYA,
    Looking forward to see you this saturday!

    Heny,
    sesekali terjaga dari mimpi.

  63. CAHAYA,
    Looking forward to see you this saturday!

    Heny,
    sesekali terjaga dari mimpi.

  64. so, it’s confirm this saturday meh?

  65. so, it’s confirm this saturday meh?

  66. CAHAYA,
    Jika tiada aral, memang sah. Please tell the other bloggers too.

  67. CAHAYA,
    Jika tiada aral, memang sah. Please tell the other bloggers too.

  68. IdzaRis79 Says:

    wow…pusat sains?
    (is that i can say?)

  69. IdzaRis79 Says:

    wow…pusat sains?
    (is that i can say?)

  70. idzaRis79
    Salam persinggahan.

  71. idzaRis79
    Salam persinggahan.

  72. I’m clueless..
    Tapi apapun.. itulah kebesaran Allah Swt..

  73. I’m clueless..
    Tapi apapun.. itulah kebesaran Allah Swt..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: