>Aisey man…brader Jon!

>
Pertama : Secara ikhlasnya aku ingin mengucapkan terimakasih kepada brader Jon. Sahabat yang jika dikira umur perkenalan, cuma seusia anak yang baru bertatih, bersusah payah dan bersungguh-sungguh untuk belanja aku makan. Walaupun hari lahir ku sudah berlalu agak lama dan kek yang disimpan didalam peti sejuk tempoh hari pun hanya meniggalkan baunya sahaja, namun beliau tetap beria-beria juga. Mulanya aku yang mengajak dan mahu belanja dia makan. Tapi lain jadinya. Terimakasih brader Jon! Terimakasih daun keladi. Aku ingat kamu.

Kedua : Eh..kenapa tulis dalam bahasa ibunda pula? Selama ini menulis dalam bahasa mat saleh? Rasionalnya begini. Aku ada menerima e-mail dari rakan yang malu-malu kucing untuk turut serta di blog ini, tetapi mushkil dan mungkin mashgul. Soalan cepu emas beliau : kenapa mesti menulis dalam bahasa penjajah sedangkan yang komen di dalam blog ini hampir kesemua faham Bahasa Malaysia? Ada juga kebenarannya. Namun aku ada sebab dan musababnya tersendiri. Baiklah, buat pertama kalinya dan tidak ingin menghampakan permintaan. Bagaimanapun, aku akan terus menulis di dalam bahasa Mat Saleh mengikut sebab musabab awal. Encik malu-kucing, jika mahukan penjelasan yang terperinci kita boleh berjumpa di sesi ‘mengeteh’ seterusnya.

Ketiga : Aku dan bukan saya. Teringat ketika di sekolah pertanyaan sama aku utarakan kepada muallim yang sentiasa membahasakan dirinya aku, walaupun ketika mengajar didalam kelas. Limaza ya sheikh? Jawapan ringkas muallim – bahasa itu bahasa munajat, bahasa merendah diri, hormat, tawadduk dan insaf kepadaNYA. Cuma kekadang itu, sebagai ibubapa moden aku pun terbawa-bawa dengan bahasa anggun masa kini dan selalu menegur anak-anak. Tidak sopan kata aku. “cakap saya” 🙂

Terimakasih sekali lagi brader Jon!

One Response to “>Aisey man…brader Jon!”

  1. This comment has been removed by the author.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: